Sunday, April 6, 2008

TEGASAN


Bahagian-bahagian binaan biasanya mengambil beberapa tegasan pada masa yang sama. Jenis tegasan yang harus diambil kira dalam rekaan sesuatu struktur ialah :

Tegasan tegangan :

Terjadi akibat tarikan. Segala tegasan tegangan yang dialami oleh konkrit dianggap ditanggung oleh tetulang keluli. Konkrit biasanya dianggap tidak berupaya menanggung tegasan tegangan semasa mereka binaan. Tegasan tegangan yang dibenarkan pada bar keluli lembut tidak melebihi 40 mm diameter ialah 140 N/mm2 .




Tegasan tekanan/ mampatan :

Tegasan yang dihasilkan oleh tekanan dari atas dan bawah. Konkrit adalah dianggap mempunyai keupayaan menaggung tegasan tekanan. Oleh sebab itu, struktur yang berpadu boleh dibina dengan konkrit tanpa tetulang. Kekuatan konkrit menahan tekanan ialah dari 14-21 N/mm2 bagi bancuhan 1: 2 : 4.

Tegasan ricih :

Apabila sesuatu bahagian binaan dibebankan secara melintang rasuk sebagai contoh, keretakan mungkin berlaku akibat ricihan. Keretakan biasanya berlaku pada tempat daya ricihan yang maksimum. Bagi rasuk, ini akn berlaku berdekatan dengan penyokongnya pada kedua-dua hujung rasuk. Cara untuk mengatasi masalah ricihan ialah menggunakan bar pencekak yang mencangkuk bar tetulang utama.

Tegasan lentur :

Apabila bahagian bangunan dibebankan, tegasan tegangan dan mampatan akan dialami menjadikan bahagian binaan tersebut melentur. Oleh itu, dalam rekaan konkrit, tetulang keluli adalah digunakan untuk menentang tegasan ini.

No comments: