Sunday, April 6, 2008

SAMBUNGAN DALAM BINAN KONKRIT

1. Sambungan binaan :

sambungan ini dibuat pada tempat di mana kerja konkrit terpaksa dihentikan sementara. Apabila kerja konkrit hendak diteruskan, turapan yang dibuat daripada bancuhan simen dan air perlu disapu pada permukaan konkrit lama sebelum bancuhan konkrit baru ditempatkan. Sambungan tersebut tidak boleh diadakan di sebarangan tempat.


Tempat-tempat yang sambungan ini boleh diadakan mestilah mematuhiperaturan yang tertentu. Bagi rasuk dan papak, tempat yang sesuai untuk mengadakan sambunagan bianaan ialah dalam bahagian sepertiga di antara dua penyokongnya, dan bukan di tempat yang berdekatan denagn tiang atau tembok. Bagi tiang pula, sambungan di bawah binaan patut diadakan di tempat yang beberapa sentimeter di bawah simpang rasuk. Ealaun masa untuk mandapan selama dua jam hendaklah dibenarkan sebelum kerja penempatan bancuhan konkrit bagi rasuk dimulakan.














2. Sambungan pengecutan dan pengembangan :

sambungan ini perlu dibuat kepada sesuatu binaan konkrit yang mengalami perubahn isinya akibat :
· Pengecutan konkrit semasa membeku dan mengeras.
· Perubahan cuaca.
· Perubahan kandungan air.

Sambungan ini mempunyai fungsi mencegah keretakan berlaku pada konkrit tersebut. Ia dibuat berdasarkan kadar pengecutanyang dianggap antara 6 mm hingga 12 mm bagi tembok sepanjang 30 m yang dibina dengan konkrit biasa. Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk mengisi sambungan ini ialah kertas kalis air, bitumen, kepingan kayu keras dan sebagainya.

No comments: