Sunday, April 6, 2008

PERBEZAAN ANTARA CAST INSITU DAN PRECAST KONKRIT

(a) Cast In-Situ (Proses Di Situ)
- Cast in-situ adalah suatu proses pembinaan komponen konkrit
bagi sesebuah bangunan seperti tiang,dinding,lantai dan rasuk
yang dibuat ditapak bina.

- Walaupun proses pembinaannya memakan masa,tetapi pembinaanya
lebih kukuh berbanding dengan proses pratuang (precast) kerana
ikatan atau sambungan antara komponen-komponen struktur bangunan
lebih terjamin.

- Ia sesuai untuk semua struktur bangunan.

Contoh kesesuaian konkrit cast in-situ;

(1) Dinding
Pembinaan dinding adalah sesuai menggunakan kaedah ini kerana ia
dapat menentukan jenis ikatan apa yang sesuai digunakan pada dinding tersebut.Dinding tersebut dapat dibina dengan lebih kemas.









(2) Cerucuk
Ia dibina terus dalam lubang cerucuk yang telah digali ditapak bina.
Kaedah ini sesuai dibina di kawasan Bandar yang dikelilingi bangunan.Cerucuk tidak lagi diketuk didalam tanah seterusnya
tidak mengakibatkan getaran pada bangunan yang berhampiran.
Berbanding dengan kaedah precast yang tidak sesuai digunakan



untuk penanaman cerucuk dikawasan Bandar yang merisikokan
bangunan berhampiran tapak pembinaan untuk retak.


(b) Precast (Pratuang)
- Penggunaan konkrit precast banyak digunakan kerana ia dapat
memberikan berbagai-bagai kebaikan seperti tempoh pembinaan
yang lebih cepat,berkualiti tinggi,dan dapat dikendalikan walaupun
pada cuaca buruk.

- Ia dibuat dikilang dengan menggunakan pelbagai peralatan yang
moden dan canggih.

- Sesuai untuk komponen konkrit yang mempunyai reka bentukberulang-ulang.

- Ia digunakan untuk struktur yang mempunyai rentang yang lebar,melalui konsep prategangan.






- Penggunaan dasar pelantar penuang konkrit yang mempunyai panjang purata 125m dan boleh disambungkan hingga 250m atau lebih akan membolehkan pengeluarannya secara besar-besaran.

Contoh kesesuaian konkrit pratuang (precast);

(1) Cerucuk
Cerucuk pratuang dibina dalam berbagai bentuk antaranya bentuk
bulat, segiempat atau segilapan, sama ada berongga atau berpadu.


Cerucuk mempunyai tulang untuk menahan tegasan.

Cerucuk ini mempunyai bahagian mata dan penutup kepala dimana bahagian tersebut dapat disambungkan antara satu sama lain. Cerucuk pratuang dihasilkan dikilang dan kemudian dibawa ketapak bina dengan menggunakan lori. Ia dibuat dalam ukuran panjang lingkungan 5m.

Ia sesuai digunakan pada pembinaan di kawasan yang lapang
iaitu tidak terdapat bangunan yang berdekatan dengan kawasan
pembinaan.Ini kerana bangunan yang berdekatan dengan tapak akan
retak akibat daripada hentakan yang dikenakan ke atas cerucuk
pratuang ke dalam tanah.




(2) Konkrit Prategasan (Pretress)
Prinsip konkrit prategasan ialah mewujudkan tegasan tegangan
akibat beban yang ditanggung. Dengan cara ini, kekuatan konkrit


dapat digandakan disamping mengurangkan saiz konkrit dan
tetulang yang digunakan. Konkrit prategasan boleh dihasilkan
dengan dua cara iaitu:


(1) Tegas-dahulu (pre-tension)
Tetulang keluli ditempatkan didalam acuan dan dipasarkan
pada kedua-dua hujungnya melalui dua blok tambatan dihujung acuan. Keluli itu ditegangkan dengan jek haudraulik
sebelum bancuhan konkrit dituang kedalam acuan. Setelah konkrit mencapai kekuatan yang mencukupi barulah keluli
itu dilepaskan dari blok tambatan.

(2) Tegas-kemudian (post-tension)
Konkrit ini dibuat dengan tetulangnya digris serta dibalutkan
atau dimasukkan ke dalam salur konduit ditempatkan pada
kdudukan yang tertentu. Apabila konkrit mencapai kekuatan
yang mencukupi,tegangan pada tetulangnya dilakukan dengan
menggunakan jek hidraulik.Kedua-dua hujungnya dipacak.

1 comment:

jamesharry521 said...

i discovered this weblog after a long time that's clearly beneficial to allow understand unique techniques. i'm going to adopt the ones new issue to my career and thankful for this assist. Al Abniah Precast Concrete Buildings Factory